4 Flat! Tahniah. :)

Pada suatu pagi. Tanpa sedar, ada 2 miscalled masuk dalam phone. Sebelum ini jarang untuk dia call saya seperti ini. Saya pun syak mesti ada something yang happened.

Dia boleh jadi 2 perkara. Good news or bad news. Debar rasanya bila pelbagai persoalan bermain di fikiran. Apapun, apa yang mampu saya lakukan adalah mendoakan yang terbaik dan moga saya diberi kekuatan untuk menghadapi segala jua rupa bentuk ujian hidup. Amin. InsyaAllah.

Kemudian, saya pun call dia untuk tanya kenapa and guess what..…?!

SHE’S GOT 4FLAT FOR HER LAST SEMESTER!!!!!!!
Congratulations.:)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Dia dapat habiskan degree dengan result yang sangat cemerlang. Syukur..

Dia ada kata. Memang waktu awal semester akhir ini. Dia dah tekad, berazam nak bersungguh utnuk dapat 4 FLAT and alhamdulillah. Dengan usaha dan pengorbanan yang telah dia curahkan, semua terbayar dengan rasa nikmat syukur. Alhamdulillah. Bila dikenang kembali dugaan demi dugaan yang dia terpaksa hadapi. Sungguh dia seorang kuat dan cekal hatinya. Hatinya telah pun dididik dengan kesabaran. Tidak lupa berkat doa ibunya juga telah mengirinya kearah kejayaan. Alhamdulillah.

Saya sangat bangga dengan dia. Ketekunan yang telah ditunjukkan membuktikan bahawa dia boleh lakukan apa yang dia impikan.

Terasa kegembiraan padanya.. rasa bahagia.. suatu perasaan yang susah untuk diungkapkan. InsyaAllah, moga selepas ini dia dapat terus gagahkan langkahnya untuk meneroka fasa kehidupan seterusnya dengan excellence.
Amin. 🙂

Advertisements

Hari Aku Bukan Hari Biasa

Assalamu’alaikum wbt.

Sungguhlah terasa “kosong” hidup ini jika perjalanan hari-hari kita adalah biasa-biasa. 

Seolah-olah kita tidak tahu sebenarnya kita hidup ini untuk apa. Tiada matlamat, tiada wawasan, tidak visi dan misi untuk dijayakan.

Tidak pun, mungkin objektif matlamat itu ada. Tapi tidak “superb” untuk jadikan hari kita itu luar biasa dan “valueable”. Sama sahaja life kita macam orang lain yang biasa.

Heyyy stop!! Tak nak lah hidup macam orang lain. Nak “life”sendiri. Tak nak lah hidup dalam “jalan cerita” orang lain.

So now, change the story!!! Create our own story. Color our life bravely with our dream. Make it real!

Change our day from ordinary to extraordinary! Don’t wait and don’t stop. The clock is ticking. There’s no time for rest.

Live our life. Find the true reason of life.

Hari aku bukan hari biasa. Setiap nafas ada hak yang perlu ditunaikan.

#’day’ is gift from Allah swt. It’s up to us how to live it. Either its good or not.

Muhasabah dengan Ujian Hidup

Assalamu’alaikum wbt.

Hidup ini..

Penuh dengan ujian. Ia datang bagaikan badai yang melanda.

Diuji iman dalam Qalbu.

Terasa rendah-serendahnya diri di hadapan pencipta.

Kenapa?

Kerana salah dan silap yang dilakukan. Kerana dosa yang dibeli percuma begitu sahaja.

Futurnya diri..

Sabarlah, “be strong”“don’t ever give up”, 

Pada Allah Maha Penyayang tempat mengadu domba.

PadaNya diserahkan segalanya.

PadaNya tempat bergantung.

“Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang”

Mohonlah PADA-NYA 

“astaghfirullah.”

Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri 1436H

Assalamu’alaikum wbt. 😀

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!  Allahuakbar!!! 

Walillahilhamd!!! 

Indahya takbir… Itulah tanda… Sampai dan tibanya jua hari KEMENANGAN. Alhamdulillah. Kemenangan ke atas hawa nafsu, kemenangan mencari iman, kemenangan menjadi insan yang BERTAKWA. Kini, tiba masanya kembali kepada fitrah.

Setelah 30 hari bersusah-payah “berjuang” di satu “medan” yang dipenuhi ujian dan cabaran yang mengoncangkan hati. Maka pada hari ini, diraikan hari KEMENANGAN itu dengan kalimah-kalimah AGUNG! Allahuakbar !!! Terserlahlah kesatuan ummah di dalam setiap diri manusia yang bergelar MUSLIM.

Sekarang, tiba masanya untuk kita bergerak satu langkah kehadapan lagi. Semoga “diri” yang telah dilatih pada bulan Ramadhan dapat menempuh bulan-bulan seterusnya dengan baik. Momentum ibadah dikekalkan. Teruskan membasahkan lidah dengan bait-bait SUCI sepertimana yang dilakukan pada bulan Ramadhan yang lalu.

Sahabat! Teruskan perjuangan. Perjuangan kita tidak terhenti hanya di bulan Ramadhan sahaja. Tapi perjuangan kita adalah selama-lamanya. Akan terhentinya perjuangan kita setelah terhembusnya nafas terakhir. Iaitu setelah sakaratul maut siap dilaksanakan.

Teruskan berdoa, 

Teruskan bersedekah,

Teruskan memenuhi rumah-rumah Allah

Teruskan bertakbir, 

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar! 

Jangan biarkan ianya TERHENTI!

Kerana laungan takbir itu lambang kesatuan ummah. Kerana laungan takbir itu mendamaikan hati-hati mereka yang beriman. Semoga sinar syawal nanti membawa 1001 keberkatan. Insya-Allah. 

Saya “pengembarahafiz” dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. 🙂

#lillahita’alaa

#pengembarahafizandsahabat

#Melaka

#1436 – Salam Aidilfitri 🙂

3 Jalan Cari Ilmu

Assalamu’alaikum wbt.

Waktu di masjid india tengku kelana klang, ada seorang menghampiri dan menyapa. Kami bertaaruf antara satu sama lain.

Nama dia Muhammad Irsyad, india muslim. Pakaiannya biasa, perwatakan dia seolah-olah seperti anak-anak istimewa. Baik orangnya. Kebetulan sebaya. Cara cakapnya kurang fasih seperti orang istimewa, tapi masih dapat difahami.

Apa yang “best”nya tentang irsyad ini, apa yang dia fikir dan apa perkataan yang terucap semuanya tentang Islam. Sejarah Islam, tauhid dan aqidah.

*note, dia bukan jemaah tabligh. Gelaran yg sering kita dengar. 

Okay sambung, cut story terus.

Dia kata,

Ada 3 jalan atau cara untuk terima ilmu.

1. Daripada pandangan kita.

2. Daripada guru.

3. Daripada Allah.

Deep… Hebat fikrahnya.

Usik dari Allah.

Assalamu’alaikum wbt.

Tika engkau berjalan..

Engkau berasa penat dengan dunia..

Lantas engkau duduk keletihan..

Tiba-tiba.. 

Air mata engkau mengalir..

Tanpa engkau tahu apa sebabnya..

Sikit-sikit demi sikit..

Makin deras biji permata jernih yang mengalir..

Denyut nadi nafasmu makin laju..

Hati engkau makin mencari-cari apa puncanya..

Kenapa..

Akhirnya.. 

Engkau temukan jawapannya..

Hati mu tersungkur terasa manisnya iman..

Itulah “usikan Allah swt pada hati hambaNya”..

Nikmat kasih dan sayangnya Dia pada engkau..

Engkau merasakan Dia..

Ditanyakan khabar..

Seolah-olah..

“wahai hamba ku.. Apa khabar engkau di dunia ujian ini.. Aku merindui engkau.. Apakah engkau merindui Aku?.. Sabarlah engkau di dunia fana itu.. Kelak engkau akan berjumpa dengan Ku jua.. Jagalah iman diri mu jika engkau mahukan redha-Ku..”

Allah..

Allah..

Allah..

Tidakkah engkau merasakannya..