Senyum dari Umrah – Maklong

بسم الله الرحمالرحيم

السلام عليكم

Nak cerita sikit deh “moment” di KLIA terminal 1 hari tu. Dimana kami sekeluarga datang nak menyambut Mak Long, a.k.a akak kepada my moM. Oh tidak lupa juga, alhamdulillah sempat bertelefon juga.haha

 IMG20150607144628

~ Smile candid cam, “spoil baju tu” 😀 ~

Macam biasa, bila dah sampai sini kenalah menunggu, orang yang ditunggu belum menjejakkan kaki ke tanah lagi. Yang turut hadir waktu itu ada Pok chu with the “geng” (family dia lah kiranya) dan pak jang. Mereka sampai dulu, dari melaka. Kami yang duduk dekat ni lewat sampainya. Haih~

*selalu pelajar macam ini lah, makin dekat rumah dia dgn sekolah, makin lambatlah dia dtg sekolah jikalau nak dibandingkan dengan pelajar lain.

Then adalah masa terluang, diambil masa ini untuk bertanyakan khabar pada orang jauh dan nak lah juga bagitahu tentang perpindahan institusi pengajian saya ini. Biarlah tidak ramai yang tahu di mana saya belajar, at least adalah juga orang tahu.

"aku duduk bersandarkan pada bangku besi,  bertatapkan gelas yang diisi pemandangan bagaikan fantasi. Aku menarik nafas hela dengan panjangnya. Menghembus bayu anak angin bak mengeluh.  Tangan terasa basah sejuk mengigil. Hati terasa lain, gugup gementar dirasa jasad. Ku beranikan diri melarikan anak jari di 'screen' sesentuh. Lalu ku tekan...
Assalamu'alaikum.. " 😀

Panjang lebar senyumnya. Syukur sangat pada Allah, setelah sekian detik berlalu, dapat juga menelefon sahabat yang jauh ni.

DSC_0006

DSC_0004

 ~ inilah pemandangannya,sambil call, sambil menikmatinya ~

Ok stop! Cukup sampai sini saje dulu. 🙂

“Finally!!”

She’sarrived!!

DSC_0017

The oldest among my mom family, the leader, paling berkaliber, style fikrah maklong macam macam Prof. Dr. Muhaya sikit, sebab maklong memegang jawatan besar di UPM. Professional. Everything that we need, mcm advise ke, motivation ke, and lain-lain semuanya pada dia sekeluarga.

*Al-Fatihah untuk arwah suaminya (Paklong – zolkifli, pensyarah bahasa barat at Uitm Shah Alam) dan anaknya (Abg Fazrie) yang meninggal pada tahun lepas.

Maklong sekrang duduk di rumah bersendirian. ALLAH sahajalah penghibur hatinya. :’)

Tapi alhamdulillah sekrang semuanya okay. Doakan maklong kuat. Sampai je di airport itu, terpancar sinar seronoknya keberadaan di tanah suci sana. Diceritakan pengalamannya, bertapa hebatnya perancangan dan kasih Allah swt. Terselit juga kelakarnya bila maklong kata yang dia kerdil macam penguin je kat sana. Jalan pun macam penguin. Hehe~ 😀

Sampai suatu ketika, ramai jemaah disana, nak sujud sampai tak muat. Berebut-rebut. Buat masa terkini, Makkah bising sikit, sebab pembinaan mungkin. Pok chu ada mengenakan maklong, saje je, yelah maklong kan duduk hotel vvip semua tuuu..

“semuanya Allah jadikan sama, tiada beza.” Kita kat dunia ini hanya menumpang je, sementara. 🙂

Kemudian, kami pun balik, ziarah kubur dan sangat rumah mak long kat taman universiti , serdang, rehat sebentar, makan, solat, berkongsi kalam sambil menikmati juadah dari tanah suci. Paling tidak boleh dilepaskan adalah air zam-zam. “dapnya~”

DSC_0021

: dirumah maklong, *kat sini lah tempat saya bincang dengan maklong. 1 year from now. Cewah, haha. Tapi ini serius! Persiapkan diri Faris! Insya-Allah. Sabar.

Habis~ 😉

Baiklah, rasanya cukup sampai disini sahaja dulu. Insya-Allah, akan dikongsikan cerita lain.

Thanks sudi baca ~ 🙂

~ Sekian ~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s