Nawaitu Ummatik

Assalamu’alaikum wbt.

Sedar atau tidak, umat Islam masih tidur Lena dibuai mimpi dunia. Hanya segelintir sahaja yang celik mata hatinya untuk melihat jatuhnya umat Islam kini.

Para auliya’, para ulama’, para pendakwah, para murabbi, para asatizah, para da’ie dan pemuda pemudi sedang giat berjuang di medan dakwah dengan nawaitu lillahita’alaa.

Tapi Umat Islam diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Apa yang paling Nabi Muhammad SAW paling takuti daripada Dajjal pada akhir zaman adalah ulama’ su’. Ulama Su’ yakni ulama’ yang jahat mula berleluasa dalam menghancurkan Islam itu sendiri. Kita tidak tahu siapa? Tapi yang mesti kita tahu “Ada”!

Moga kita dilindungi Allah swt.

Sahabat ku semua,

bangunlah..bangkitlah dari tidur yang nyenyak..

Berjuanglah, berbaktilah dengan satu wawasan dan nawaitu semata-mata keranaNya. Binalah wawasan yang ummatik untuk menjadi manusia yang berguna pada umat. Tidak perlu sangat difikirkan soal karier kita nanti kerana yakinlah bahawa karier akan datang dengan sendirinya, “pastinya dengan kehendak Allah ta’ala.”

Doa moga kita semua terus didorong Allah ke dunia dakwah.

Wawasan dakwah harus menunjangi kehidupan setiap Muslim. Jadilah ahli korporat yang ummatik, pegawai yang ummatik atau pensyarah yang ummatik.

Semuanya untuk cari redha Allah swt.

Ketawa

Assalamu’alaikum wbt.

Ketawa, seringkali kita ketawa di saat melihat sesuatu yang mengelikan hati.

Adakah ketawa ini baik?

Boleh sahaja untuk kita berketawa. Tetapi bukan dengan ketawa yang berlebihan.

Seeloknya untuk kita kurangkan ketawa. Cukuplah hanya sekadar senyum. Nak ketawa boleh, tapi sikit-sikit.

Kalau terlupa, tiba-tiba ketawa lebih-lebih, “ingatkanlah”~ 🙂

Fikirkan.. 

Apakah kita sempat lagi berketawa terbahak-bahak sedangkan kita tahu dosa kita banyak sangat..

Apakah kita boleh ketawa lagi sedangkan tidak tahu nasib kita di Alam kubur nanti macam mana..

Apakah kita boleh ketawa lagi sedangkan kita tidak pasti lagi kita akan masuk syurga ataupun neraka..

Apakah kita boleh ketawa lagi sedangkan kita tidak tahu sama ada Allah swt redha atau tidak dengan kita..

🙂

Selamat Bermujahadah ~

10 Malam Terakhir Ramadhan Kareem

Assalamu’alaikum wbt.

DSC_0191

Alhamdulillah, sudah 20 hari berpuasa. Tiba juga FASA yang ketiga iaitu FASA pelepasan dari seksaan api neraka. Para ulama kebanyakkannya mengkhususkan tentang malam Al-Qadar pada malam 10 terakhir Ramadhan. Di spesifikasikan lagi pada malam-malam ganjil dan di kecilkan lagi skopnya pada 27 dan 29 Ramadhan.

Bagi kita pula, janganlah waktu 27 atau 29 baru nak “pulun” habis. Kalau di negara timur tengah sana, ustaz kami kata, masya-Allah! Meriah! Penuh sampai kena solat di jalanan, bumbung rumah.  Waktu asar je, penuh sudah Masjid, sedangkan ustaz kami yang waktu zohor pun tak dapat untuk solat di saf pertama.

ALLAH! Hebatnya mereka mengagungkan bulan mula bulan Rahmat Ramadhan ini!

Kalau nak jumpa malam 1000 malam, seharusnya kita dari hari pertama atau sebelum Ramadhan kita sepatutnya bersungguh dan sudah bersedia dalam usaha mencari redha Allah swt.

Kalau FASA pertama adalah fasa Rahmat, fasa kedua pula adalah fasa pengampunan + Rahmat! Haaa…. Dia bukannya asing. Maksudnya untuk yang ketiga ini, ianya adalah fasa pelepasan Dari seksaan api nereka + fasa keampunan + fasa Rahmat!

Allah! Hebat dan kasihnya Allah pada hamba-hambanya. Persoalannya, kenapa kita tidak kasih pada Allah?

Persoalannya lagi, puaskah? Gembirakah? Bahagiakah? kita dengan AMALAN yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan kali ini?  Ke….. Kita hanya dapat penat sahaja? Fikir.

Teruskan berusaha, beribadah, beramal, bersilaturrahim, bersedekah, berakhlak dan berdoa.

Insya-Allah, memburu redha Allah. Mendambakan hadiahNya iaitu Lailatul-Qadar.

🙂

Ijtima’ Huffaz Selangor 2015

Assalamu’alaikum wbt.

Alhamdulillah, baru selesai aktiviti mengutip dana di Masjid Negeri Shah Alam. Dana ini khas untuk program hari esok dan lusa. Ini Iklannya:

Insya-Allah esok, akan berkumpul lah pelajar-peljar dan para hafiz dari seluruh institusi Tahfiz selangor di Masjid Negeri Shah Alam sini.

Maka, Insya-Allah,  akan bergemalah masjid ini dengan alunan Al-Quran bak bunyian lebah yang tidak letih berzikir. Kami mengalu-alukan orang ramai untuk datang merasai suasana menghafaz Quran 30 juzuk. Dibimbing oleh guru-guru yang mursyid. Sahih sanad Qiraat nya.

Tidak sabar rasanya untuk tunggu esok hari.

🙂

Meh meh jom lah datang~ 🙂

Cerita tadi.

Best sangat. Lepas Isyak, imam Masjid besar beritahulah yang para hafiz akan buat kutip dana. Kami akan jalan pada mereka. Tapi ada satu masalah pada saf Muslimat,tak de tabung yang cukup. Waktu nak kutip dana, sampai terpaksa tanggal serban sebab tak cukup tabung. Makcik-makcik semua sumbang dana macam air je. Terharu melihatnya. Muka memang dah tebal dah depan saf Muslimat tu. Sampai ada seorang makcik itu keluar dari safnya melulu ke saya sambil meletakkan Wang dan berkata,

“Adik,, doakan makcik ye..”

Saya hanya mampu tersenyum. Insya-Allah saya boleh usahakan. Kemudian, alhamdulillah dapat saya bertemu dengan ramai kawan se-Uitm saya dulu. Alhamdulillah. Dapatlah lepaskan rindu. 

Sekian sahaja~

“Allah jualah yg membolak-balik hati-hati ini.”

SABARlah 🙂

Jika Landasan Adalah…

Assalamu’alaikum wbt.

rehat sebentar.. muhasabah ptg.. Deep.

suami istri

JIKA landasan pernikahan adalah seks, maka pasangan kerap bertengkar jika layanan di kamar tidur tidak memuaskan.

Jika landasan pernikahan adalah harta, maka pasangan bakal bercerai jika jatuh miskin.

Jika landasan pernikahan adalah kerana tubuh, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka berkerut atau badan sudah menjadi gendut.

Jika landasan pernikahan adalah anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

Jika landasan pernikahan adalah kepribadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika landasan pernikahan adalah cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih, lagi pula manusia yang dicintai pasti mati.

Jika landasan pernikahan adalah ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Mahapemberi hidup kepada makhlukNya.

Allah mencintai hambanya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan itu durhaka kepada Allah.

[islampos/halimislam]

Senyum lah Awak

Assalamu’alaikum wbt.

Sahabat,

Kamu berhenti di tengah jalan mehnah ragam lautan insan.

Berfikir…

Ingin menoleh ke belakang..

Terasa ingin kembali pada kembara yang lepas..

Tapi tidak!

Kamu kuat!

Tidak putus asa!

Tegas kamu sangat membina!

Sabar memagari Nafsu!

Iman menjadi raja hati..

Demi mencari Kembara redha Ilahi..

Ingin merasa lazatnya Cinta sejati..

Kamu bernafas Panjang..

Menyusun kemas langkahmu..

Dongaknya wajahmu ke hadapan..

Dengan satu niat yang terpaku di lubuk hati..

Lillahita’alaa..

Insya-Allah..

Akan aku datang di sisi mu..

Mengenggam erat ikat yang dibina..

Tidak mahu lagi berjalan seorang diri..

Sunyi..

Doamu dalam Doaku..

Hanya Dengan Izin-nya..

Sama-sama kita MENGEMBARA.

Senyumlah awak.

🙂

Letih menghafal.hihi